I made this widget at MyFlashFetish.com.

♥Sahabat baru saya♥

time to tipssss...

~salam~

Haluuu. Sebenarnya I lambat balas kunjungan rakan-rakan blogger sebab I baru je balik dari bercuti. So mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki yek. Ok kalo story pasai cuti nie nanti-nanti la I story. Malas pulak nak menaipnya. 

Tapi kali nie I nak kongsi tips untuk beli telefon bimbit terpakai as known as handphone second hand la. Ramai orang sekarang nie banyak menggunakan telefon terpakai. Ye la. Telefon nie bukan sekupang dua. Ye dak?? . Mostly beratus-ratus. Kalau yang kaya-kaya tue beli telefon nie macam goreng pisang je la. Tiap-tiap hari nak tukar . #ok tipu.

Bukan I nak berlagak la. I tak pernah lagi la buat masa nie beli telefon terpakai. Kebanyakan telefon baru. Tapi yang baru pon tak boleh tahan lama dengan I. Apatah lagi telefon terpakai. Tak tau la lagi 2,3 tahun nanti I belikan. Nak save budget la katakan. Ok let's start with the first.

1. Pembelian hendaklah dilengkapi dengan surat-surat pembelian, agar kamu tidak tertipu dan terbeli barang curian. *bukan surat saman ok*

2. Periksa nombor siri yang ada pada handphone. (untuk maklumat lanjut baca maklumat link ni)

3. Pastikan fungsi speakernya masih boleh digunakan.

4. Cuba buat panggilan untuk mengetahui keadaan baterinya masih baik atau tidak. Kemudian cuba charge telefon tersebut, sekiranya baterinya cepat penuh hanya dalam beberapa minit , ia bermaksud telefon tersebut rosak .

5. Periksa baterinya masih asli atau palsu.

6. Periksa keadaan keypad, on-off, menu seperti sms, voice call, melodi, ringtone, kamera, radio dan banyak lagi.

7. Sekiranya terdapat kekurangan atau kerosakan kecil, ia membawa maksud kamu boleh membuat tawaran untuk menurunkan harga.

Pemeriksaan nie penting untuk mengelak penipuan. Kawan I pernah jadi mangsa penipuan penjual telefon nie. So berhati-hati la bila membeli telefon bimbit yea.Sekainbai

~daa~

Tiada ulasan: