I made this widget at MyFlashFetish.com.

♥Sahabat baru saya♥

Maluuu...

~salam~

Semalam I keluar dengan Cik Ika teman dia jumpa kawan dia. Seharian jugak la I lepak dengan dia. Memang last minute la plannya tue. Dia meset I pukul 12 tghari. Nak keluar pukul 12.30 tghari. Gila kau!!

Fisrt sekali kita orang main bowling. First game I belanja. Muliakan I nie. *habis la duit aku!!!*. First game I kalah. Then second game kawan Cik Ika nie belanja. I jugak yang kalah lagi. *bukan I tak nak menang. Diaorang yang tak nak kalah*. 


Then kitaorang pegik makan pizza. Actually I dengan Cik Ika tak breakfast lagi. So memang berkeroncong la perut muncit kami. Kawan ika pon kebetulan lapar. Bincang punya bincang kami pon makan la pizza. I pulak lebih kepada dahaga. Bila dapat je air terus teguk tak hingat. So bila nak makan cepat kenyang la. Tinggal la kawan Cik Ika sorang je yang habiskan. Tapi dia yang belanja. So adil la dia yang habiskan.


Lepas makan je kawan Cik Ika nak balik sebab petang nanti dia ada futsal. I dengan Cik Ika xdew futsal. So kami teruskan la aktiviti habiskan duit dekat Center Square tue. I ajak Cik Ika mendungkan langit (karaoke). Then dia accept. Kami ronda-ronda tengok-tengok suda penuh..xdew rezeki la. Tapi sebelum balik tue I tanya dulu orang dekat situ. Tengok-tengok ada lagi 2 bilik kosong. I pon apa lagi terus ambik la.

Mula-mula kami masuk dalam bilik tue bau rokok gilaaa. Jiran kami pulak budak-budak lagi. Umur diaorang dalam 15 or 16 tahun la. So kami pon buat tak tau je la. Lepas tue I perasan ada ramai lelaki depan bilik karaoke jiran kami. Bila I tengok apa yang budak-budak tue buat memang I terkejut gila la. Diaorang boleh gelek macam inul dalam bilik tue. Bukan tue ja diaorang menari ala-ala beyoncen lagi sambil nyanyi lagu inul. Dah la pakai baju macam xcukup kain.
*lebih kurang macam nie la pakaian diaorang*


I malu sangat-sangat. Diaorang nie sedar tak apa yang diaorang buat. I dengan Cik Ika nak karaoke pon malu. Budak-budak lelaki bukan setakat berkumpul depan bilik tue ja. Diaorang siap sorak-sorak lagi. Budak-budak tue pulak macam orang gila dok menggelek. MasyaAllah. Diaorang macam tengah mabuk. Lepas tue bila kami nyanyi je diaorang boleh tengok pelik je dekat kami. Macam kami pulak yang menggelek. Cara diaorang tengok kami macam kami nie kuno,oldstyle. Macam jelek la tengok kami. Sakit hati jugak. Tapi lantak la. I tak cari pasai dengan diaorang.

Then kami pon balik rumah. Tapi malam tue I keluar pulak dengan family I. Balik je rumah memang lentok la atas katil.Penat seyh..:)

P/S : I mintak maaf kalau entri nie ada yang mengguris hati sesiapa. Bukan I nak ceritakan aib diaorang. Cuma I nak ceritakan betapa terpesongnya masyarakat kita sekarang. Kalau muda-muda lagi dah berani buat macam nie. Kalau dah bebas dari kongkongan ibu bapa ,agak-agak apa la yang diaorang nak buat? Bagi sesiapa yang nak kata I nie ketinggalan zaman ke, kuno ke. I tak kisah. I pon berseronok jugak tapi xder la sampai nak malukan diri I sendiri macam diaorang. Sekianbai!!

~daa~

Tiada ulasan: