I made this widget at MyFlashFetish.com.

♥Sahabat baru saya♥

Nak elak stress??try la....



~Salam~

Langit tak selalunya cerah.Sama la macam manusia.Semua manusia akan mengalami tekanan,sama ada tekanan gilew-gilew atau tak jep.Sama la macam diri I sendiri.I pon ada jugak masalah.Dua tiga minggu nie I agak tertekan la dengan kerja lagi,duit n diri sendiri.Tapi tak pe.Besar mana sekali pon masalah korang pasti ada penyelesaiannya.: )

Antara cara-caranya ialah...

1.Hidu Wangian

Dikatakan bahawa wangian-wangian seperti yang biasa kita kenali sebagai wangian aroma terapi contohnya wangian lavender atau seumpamanya mampu menghilangkan stress.Tak percaya??cuba la try tengok...Semua orang mesti sukakan wangian.Apa korang rasa bila korang bau sesuatu yang wangi??macam release je.Macam I sendiri I suka hidu udara lepas hujan.Ringan je kepala.*eh yang 2 bukan wangian la bogoks*..=.="

2.Menangis 

Aktiviti yang sering dilakukan oleh kaum hawa la,especially me!!.Kenapa ek?Dalam kajian dikatakan bahawa 85 % stress akan hilang bersama-sama dengan tangisan kerana sewaktu kita dalam keadaan stress,ada chemical yang terhasil daripadanya.So bila kita menangis chemical tu akan keluar bersama dengan tangisan kita...*I setuju sangat dengan kajian nie*..Tapi kalau mata sembam jangan salahkan I.Salahkan orang yang buat kajian tu la.Ngee..: )


3.Dengar muzik

Ada diantara kita yang suka mendengar muzik apabila stress.Tapi muzik tersebut adalah mengikut selera seseorang.*I suka dengar instrumental..layan beb*.Tak mungkin akan hilang stress bagi peminat R&B tetapi mendengar lagu rap cina.*betul ke??mana tau??*>_<


4.Berbual @ berkongsi dengan sahabat rapat.

Biasanya nih la yang last kita semua buat,kan! Bila stress datang jer cubalah carik sahabat yang betul-betul rapat dengan korang untuk kongsi masalah.Percaya atau tidak terpulanglah.Bila dah cerita ,mulalah kawan-kawan akan ajak pergi shopping atau makan banyak-banyak..Release,kan?*poket I pon release jugak*.Sebenarnya bukan idea yang kita perlu mintak,cukuplah sekadar teman mendengar.Sekurang-kurangnya terubat jugak hati kita.


5.Doa.

Yang nie +1 nie...sebab apa-apa yang kita buat mesti selalu ingat pada NYA kerana ia adalah ujian.Mudah-mudahan kita dilapangkan dada dan minda supaya dapat berfikiran waras walaupon stress.*setuju sangat-sangat*.



Cuba la korang try.I pon nak try la.Apa-apa pon selalu la berpikiran posititf.Kalau kita sendiri negatif apa yang jadi sekeliling kita pon akan negatif.Sekianbai...
~daa~


Tiada ulasan: