I made this widget at MyFlashFetish.com.

♥Sahabat baru saya♥

Intai 'rahsia' warna si Dia



~salam~

Hari tue I ada kongsikan fakta mengenai 6 perkara yang membuatkan lelaki marah!!Tapi kali nie I nak kongsikan tentang warna si dia.Korang tahu,seperti bintang zodiak,ternyata tarikh lahir juga menyimpan aura warna di sebaliknya.Nak tau sikap dan keperibadian pasangan dengan cara paling mudah?Jom kita semak.



Merah [ 23 disember-1 januari - 14 jun - 4 julai ]
Peribadi yang menyenangkan dan mudah disayangi orang.Tapi emosinya sering berubah.Meskipun begitu, hatinya lembut,baik,menerima dan mencintai kekasih hati dengan seadanya.Oh ya ! jangan cuba mencabar egonya kerana si dia mudah 'terluka'.

+ sesuai dengan warna coklat +


Coklat [19 februari - 28 februari - 24 ogos - 2 september ]
Aktif dan sportif.Seorang yang easy going.Juga seorang yang konservatif dan tidak sukakan kehidupan yang glamor.Sia dia mahukan hubungan yang mantap dan membuatkannya berasa tenang sentiasa.Kesetiaannya pula boleh dipuji.Namun, sayangnya,si dia mudah patah semangat.Hmm..

+sesuai dengan warna merah+


Jingga [ 2 januari - 11 januari - 5 julai - 14 julai ]
Sahabat dan teman istimewa amat penting baginya.Jadi jangan pernah memaksa si dia membuat keputusan memilih antara kamu dan sahabatnya.Menarik, si dia amat setia dengan pasangan.Sering berusaha untuk mempertahankan hubungan.Dia amat menghargai setiap apa yang dimiliki.Sungguhpun begitu,rasa sensitifnya sukar untuk dibendung.

+sesuai dengan warna Biru firus+



Biru firus / turqoise [ 1 mac + 10 mac + 3 september + 12 september ]
Perasaannya mula berubah, gemar menyendiri dan suka melancong.Kelebihannya terletak pada kejujuran yang dipamerkan.Si dia mudah percaya pada orang dan merupakan pendengar paling baik.Inginkan pasangan yang mampu membuatkan dirinya terasa begitu dicintai.

+sesuai dengan warna jingga+


Biru [ 4 februari - 8 februari - 1 mei - 14 mei - 5 ogos - 13 ogos ]
Sangat memilih terutama dalam usaha mencari pasangan cinta.Opss..mudah jatuh cinta,namun sayang seribu kali sayang,cintanya sering kali berlalu pergi.Bukan apa,kerana si dia terlalu memikirkan rasional berbanding naluri.Si dia juga jenis yang pasif dan mahukan kamu terlebih dahulu mulakan langkah menghampirinya..

+sesuai dengan warna hijau zaitun+


Hijua zaitun [ 23 september]
Seorang yang 'hangat' dan kelakar.Mudah bergaul dan beradaptasi dengan teman-teman dan keluarga.Tidak gemarkan kekerasan.Tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan pasangan.Baik hati dan tidak suka iri pada orang lain.

+sesuai dengan warna biru+


Kuning [12 januari - 24 januari - 15 julai - 25 julai ]
Memiliki peribadi yang manis dan sangat baik.Sukar baginya menunjukkan rasa cinta pada sang kekasih.Sedaya upaya si dia menahan diri dari menyatakan cinta.Namun,harus diingati,tatkala dirinya meluahkan rasa getar asmara, kamu pasti tak tertahan mendengarnya.Bak berada di awang-awangan.Romantis sungguh!

+sesuai dengan warna kelabu+


Kelabu [ 4 jun - 13 jun - 2 disember - 11 disember ]
Seorang yang menarik dan aktif .Dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya dan selalu mngutarakan apa yang ada di dalam hati.Ingin selalu mendapatkan perhatian lebih dari insan tersayang.Disebalik sikapnya itu,si dia sebenarnya seorang yang kelakar dan boleh membuat kamu bahagia apabila berada di sampingnya.

+sesuai dengan warna kuning+


Merah Jambu [ 25 januari - 3 februari ]
Selalu mencuba yang terbaik untuk dirinya.Ringan tulang dan prihatin.Sungguhpun begitu,si dia sukar merasa puas dengan apa yang dilakukan.Individu yang dilahirkan pada tarikh nuansa pink ini berhati melankolis dan sentiasa berangan-angan untuk miliki cinta romantis umpama kisah dongeng dahulu kala.

+sesuai dengan warna emas+


Emas [ 15 mei - 24 mei - 12 november - 21 nomember ]
Si dia miliki gerak hati yang tajam.Tahu membezakan yang benar dan salah.Seorang yang menyenangkan,ramah dan gemar berbicara..Sukar menemui pasangan yang menepati keinginannya.Namun,saat bertemu insan yang tepat,dia takkan bisa jatuh cinta lagi dalam waktu yang lama..

+sesuai dengan warna merah jambu+


Hijau [ 9 februari - 18 februari - 14 ogos - 23 ogos ]
Hati-hati dengan si dia kerana si dia kritis orangnya!Si dia tidak segan-segan mengkritik penampilan kamu.Kadang-kadang bicaranya bisa melukakan hati yang mendengar.Begitu pun dirinya amat mendambakan
kasih sayang dari pasangan.Gemar dibelai dan diambil berat.Namun,ramai individu yang dilahirkan dengan aura hijau ini gemr memilih untuk tetap single dan menunggu pasangan yang tepat.

+Sesuai dengan warna lime+


Lime [ 11 mac - 20 mac -13 september - 22 september ]
Orangnya tenang tetapi mudah 'didatangi' tekanan.Sangat cemburu,mudah mengeluh walaupon untuk perkara yang remeh.Si dia tidak boleh tertumpu pada satu perkara sahaja kerana banyak 'mimpi' yang ingin diraihnya.Namun begitu,dirinya sering kali menjadi sandaran dan kepercayaan setiap insan.

+sesuai dengan warna hijau+


Hitam [21 mac]
Seorang penentang dan cukup berani.Tetapi tidak menyukai perubahan dalam hidup . Gemarkan percintaan yang penuh cabaran dan rintangan.Tidak mudah jatuh cinta namun sekiranya bertemu insan yang tepat,dia takkan sesekali berpaling.Mementingkan hubungan yang matang dan berpanjangan berbanding cinta yang menggebu-gebu di awalnya tetapi hancur di pertengahan jalan.

+sesuai dengan warna maroon+


Maroon [14 jun - 23 jun - 12 disember - 21 disember ]
Cerdas dan tahu apa yang betul untuk dirinya.Sering bertindak dengan cara sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain meski tindakannya itu mencetuskan masalah.Sabar menanti cinta datang padanya.Sekiranya si dia sudah bertemu pasangan yang secocok,amat sukar baginya untuk mencari cinta yang lain.

+sesuai dengan warna hitam+


Ungu [ 22 mac - 31 mac - 24 september - 3 oktober ]
Gemarkan pasangan yang pembersih dan sering menjaga penampilan.Mereka yang miliki aura warna ini kebanyakannya mempunyai naluri bussiness yang hebat.Kamu tidak akan susah sekiranya memilih si dia sebagai teman hidup.Ini kerana dia bijak mencari wang dan sanggup bersusah payah demi untuk membahagiakan pasangannya.Tapi hati-hati ya berhadapan dengan moodnya yang sering turun naik !

+sesuai dengan warna hijau tua+


Hijau tua [ 22 disember ]
Bijak memanjakan diri dan pasangan.Seorang yang pentingkan penampilan dan "berselera" tinggi menilai sesuatu hubungan cinta itu.Penuh dengan ide-ide bernas dan jarang sekali salah dalam membuat keputusan.Cenderung menjadikan diri rujukan orang di sekeliling.

+sesuai dengan warna ungu+


Biru laut [ 1 april - 10 april - 4 oktober - 13 oktober ]
Miliki peribadi yang menarik dan sangat menghargai hidup.Perasaannya kerap kali meluap-luap namun ada kalanya mudah goyah.Sukar untuk memaafkan seseorang yang membuatkannya marah terutama jika melibatkan harga diri.

+sesuai dengan warna krim+


Krim [ 25 mei - 3 jun - 22 november - 1 disember ]
Suka bersaing dan sportif.Tidak suka 'kehilangan', justeru si dia berhati-hati mencari cinta.Setelah bertemu dia takkan melepaskannya! Baginya patah hati dan rasa kecewa sangat menyeksa jiwa.Dia juga mampu memberi ide hebat membantu pasangan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

+sesuai dengan warna biru laut+


Perak [ 11 april - 20 april - 14 oktober - 23 oktober ]
Gemar mencuba perkara baru dan mencabar diri untuk melakukan perkara yang boleh dianggap berbahaya.Seorang yang mudah diajak berbincang dan mampu menenangkan individu dengan nasihatnya yang baik.Dalam perhubungan cinta,dia sukar untuk mempercayai kesetiaan pasangan.Namun,sekiranya dia percaya,seumur hidup kepercayaannya takkan goyah.

+sesuai dengan warna lime+


Putih [ 21 april - 30 april - 24 oktober - 11 november ]
Melambangkan idealisme dan sikap keterbukaan.Dia miliki moral yang tinggi ,bersopan santun,tidak angkuh dan gemar membantu.Seorang yang berfikiran optimistik dan mampu mengendalikan emosi.Keyakinan dirinya juga sangat tinggi ,malah lebih menguatamakan rasional berbanding kata hati.Si dia bukanlah kekasih yang gemar merayu serta memanjakan pasangan.Tetapi jangan sesekali meragui kesetiaannya.

+sesuai dengan warna merah dan biru+

Huh!berjaya jugak I taip semua nie sampai abis.I ambil masa 2 hari tau nak taip semua nie khas untuk tontonan umum.Heee.Tulisan entri I kali nie terpaksa dikecilkan sebab entri nie akan lebih memakan ruang kalo buat tulisan yang besar.Apa-apa pon korang jangan la tertalu obses mempercayai semua nie.Ini cuma satu mitos.Sekianbai

~daa~

Tiada ulasan: